PASTI adalah singkatan untuk Pusat Asuhan Tunas Islam merupakan institusi pendidikan awal , sebahagian daripada usahasama Dewan Pemuda PAS , Majlis Guru PASTI dan Jabatan PASTI
PENDATARAN PELAJAR PASTI N.SEMBILAN
Pendaftaran pelajar PASTI Negeri Sembilan kini di buka. Untuk mendapatkan senarai PASTI seluruh N.Sembilan klik SINI Untuk sebarang pertanyaan sila e-mel ke : pasti_ns@yahoo.com.my
Mukaddimah
Masa depan anak-anak kita bergantung kepada pendidikan usia muda mereka. Ketinggian mutu kreativiti daya intelek, keluhuran akhlak, kemantapan iman dan ketakwaan mereka mencerminkan sejauh mana kejayaan generasi hari ini yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka menjadi generasi soleh yang cemerlang. Pengambilan pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun dengan yuran yang amat berpatutan
Objektif PASTI Melahirkan generasi muslim yang beriman dan bertakwa Mendidik anak-anak budaya pembelajaran secara Islam Pendidikan Pra-Sekolah yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam
Waktu Pembelajaran 8.30 pagi – 12.00 tgh (Isnin - Khamis) 8.30 pagi - 11.30 pagi (Jumaat)
Matapelajaran Komunikasi Asas : Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris Matematik Akhlak, Sirah,dan Asas Ibadah Kesihatan dan Pendidikan Jasmani Al Quran dan Tulisan Jawi
0 ulasan:
Catat Ulasan