PASTI

PASTI

20 Oktober 2008

Program Jamuan Hari Raya Jabatan PASTI Pusat


Jabatan PASTI Pusat telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya pada hari Sabtu 18 Oktober 2008 yang lalu di Markas Tarbiyyah PAS , Taman Melewar.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pengarah , Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah , Ahli-Ahli Lembaga Pengarah PASTI Pusat juga wakil-wakil dari setiap Jabatan PASTI Negeri-Negeri.

Pada sessi pagi beberapa pembentangan dan taklimat mengenai program pendidikan Jabatan PASTI telah diadakan. Beberapa pembaharuan sedang dirancang dan akan dilaksanakan oleh pihak PASTI dalam masa yang terdekat selaras dengan cabaran dalam bidang pendidikan masakini dan juga dalam usaha berterusan untuk melahirkan insan-insan "Rabbaniyyun" melalui program pendidikan yang ditawarkan oleh PASTI.

PASTI Negeri Sembilan telah diwakili oleh Pengarah dan Setiausaha PASTI Negeri , juga Ustaz Khairi Zainudin selaku wakil Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan serta 7 orang wakil guru diketuai oleh Puan Norhayati Md Zain selaku Pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Sembilan.

Tiada ulasan: