Khamis 30 Okt 2008. Rombongan PASTI Negeri Sembilan ke pertandingan Ihtifal peringkat kebangsaan telah bertolak dari Kuala Pilah pada jam 10.15 malam tadi.
Bas yang membawa anggota kontinjen dari kawasan Kuala Pilah dan Jempol telah berhenti sebentar di stesyen minyak Tol Senawang pada jam 11.15 mlm bagi membolehkan anggota kontijen dari Rembau dan Teluk Kemang menyertai mereka ke Kedah.
Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt, mengikut maklumat yang baru diterima dari Ustaz Muhd Fairuz Isa (Ketua Kontinjen PASTI N.Sembilan), rombongan telah selamat tiba di destinasi awal pagi tadi. InsyaAllah, mereka akan disertai oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah PASTI N.Sembilan yang akan turut berada di sana.
Pihak PASTI Negeri ingin merakam ucapan terimakasih atas kerjasama semua pihak yang bekerja keras memastikan rombongan ini dapat dihantar menyertai festival ujibakat di Kedah.
Juga kepada semua sumbangan kewangan terutama kepada Pesuruhjaya PAS N.Sembilan yang turut memberi sumbangan peribadi untuk kegunaan anggota kontijen ini. Pihak kami juga memohon doa restu dari pencinta PASTI Negeri Sembilan agar rombongan selamat pulang dengan mencapai kejayaan besar pada pertandingan yang bakal berlangsung hari ini dan esok.
31 Oktober 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan