OKTOBER - JANUARI : TEMPOH PALING SIBUK BAGI ORGANISASI PASTI
Bulan Oktober hingga penghujung Januari setiap tahun merupakan tempoh paling 'sibuk' bagi setiap peringkat pengurusan PASTI.
Bermula dengan urusan peperiksaan akhir tahun , perancangan program konvokesyen pelajar , urusan mempromosi pendaftaran pelajar sesi hadapan , perancangan tempahan dan bajet perbekalan sesi mendatang , proses penubuhan PASTI unit baru , gotong-royong mencantik dan menambah keceriaan PASTI , pencarian calon-calon guru baru , kursus perguruan dan banyak lagi.
Disenaraikan beberapa aspek penting yang perlu diambil perhatian segera oleh semua guru dan anggota pengurusan PASTI Unit , kawasan dan negeri :
1. Peperiksaan : melengkapkan buku rekod pelajar, menyiapkan analisa keputusan di peringkat Unit/Kawasan/Negeri seterusnya dihantar ke Pusat
2. Konvokesyen pelajar : mengenalpasti pelajar cemerlang peringkat Unit, mengadakan ujian pemilihan pelajar cemerlang peringkat kawasan dan negeri , membentuk 'komiti ad-hoc' program konvokesyen
3. Perbekalan 2009 : mengenalpasti jumlah bilangan keperluan pelajar yang perlu ditempah , mencari dana bagi pembayaran deposit tempahan.
4. Perlantikan guru baru : merujuk kepada jadual temuduga berpusat (yang telah disediakan Unit Penaziran PASTI N.Sembilan ) lalu memaklumkan kepada calon yang berminat.
5. Kursus Perguruan asas/lanjutan : biasanya pada bulan Disember setiap tahun. Makluman akan diberi oleh Unit Latihan PASTI N.Sembilan.
6. Penubuhan PASTI baru : perlantikan komiti ad-hoc yang akan menjalankan gerakkerja penubuhan PASTI baru berpandukan carta-alir yang dicadangkan oleh Manual PASTI Pusat.
7. Promosi Pendaftaran pelajar 2009 : mencari dana mencetak pemidang , banting , 'handbill'/pamphlet dan sebagainya , memuatkan iklan di laman-laman web
Memang banyak tanggungjawab guru dan anggota pengurusan PASTI pada tempoh 'hujung sesi' ini. Namun, atas bantuan semua yang cintakan pendidikan Islam, beban yang terpikul terasa lebih ringan dan dapat berjalan dengan penuh kesedaran dan semangat.
Bagi yang ingin membantu dari aspek kewangan , tenaga atau apa sahaja boleh menghubungi nombor-nombor serta e-mel yang tertera pada laman web di http://pasti-n9.blogspot.com ini (rujuk senarai PASTI di Negeri Sembilan).
Semoga pendidikan Islam yang ditawarkan PASTI terus gemilang dalam usaha melahirkan lebih ramai insan 'berkualiti' serta Rabbaniyun di Negeri Sembilan Tanah Beradat ini.
Oleh : SU PASTI N.Sembilan
30 Oktober 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan